BLOG THEME

Monday, March 22, 2010

PUTUS CINTA DAN SEMANGAT


 "Teruskanlah semangat untuk menempuh hidup ini. Jangan biarkan diri anda terus dibelenggu oleh masalah yang menimpa"

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian...
Pada kali ini suka bagi saya membincangkan berkenaan satu isu yang agak menarik yang harus kita fikirkan bersama tentang masalah sebilangan pelajar ketika berada dalam kekecewaan selepas putus cinta dan semangatnya dalam meneruskan pembelajaran dan hidupnya.

Dewasa ini, saya percaya ramai diantara kita sering dibelenggu dengan masalah ini dan kita tiada semangat untuk meneruskan hidup ini dengan kekecewaan yang teramat sangat terhadap apa yang telah berlaku. Disini saya ingin berbincang bersama anda, bagaimanakah caranya untuk kita kembalikan semangat untuk teruskan hidup ini?
Bagi pendapat saya, perkara sebigini memang sakit jika ianya berlaku pada kita. Saya pun pernah mengalaminya. (tapi itu dulu.Huhuhu...).  Tetapi, persoalannya disini, sampai bila kita ingin hidup seperti ini. Hidup yang penuh dengan kesuraman dan kegelapan. Hidup yang tidak ada kegembiraan. Hidup yang selalu membuatkan kita tidak bersemangat Sampai bila? Adakah kita ingin terus hidup sebegini sehingga akhir hayat kita? Tidakkah itu satu perkara yang sangat rugi dalam hidup kita?  Tidakkah itu satu perkara yang sia-sia? Fikirkanlah ..


Oleh itu, ambillah peluang ini untuk kita memotivasikan diri kita kembali. Janganlah dilayan perkara yang telah berlalu itu. Jangan. Apa yang patut kita lakukan, fikirkanlah dulu masa depan kita, hidup kita. Buktikan pada 'dia' yang kita boleh. Buktikan pada 'dia' yang kita akan menjadi seorang yang berjaya suatu hari nanti. Itu masa depan kita. Itu dia hidup kita. Kita tidak mahu lagi hidup ini suram, tidak mahu lagi hidup ini gagal. Biarlah dengan apa yang berlaku. Jangan ambil tindakan bodoh pada diri kita seperti membunuh diri. Adakah itu jalan penyelesaiannya? Adakah kita ingin hidup kita berakhir dengan pengakhiran yang buruk.

Ambil satu perkara itu sebagai motivasi dalam diri anda bukannya menjatuhkan lagi diri. Fikirkan sejenak, apakah rasionalnya hidup kita ini, apakah gunanya hidup kita ini jika kita ingin terus hidup sebegini? Kembalikanlah semangat anda. Gunakanlah peluang hidup kita ini dengan sebaiknya. 

Akhir kata dari saya, marilah kita sama-sama saksikan video dibawah untuk renungan kita bersama dan berilah apa jua pandangan anda sekalian tentang masalah ini untuk kita bincang bersama.
Sekian.




13 comments:

KhalifahMu said...

Akal yang waras senjata mukmin yang inginkan kepada redhaNya...
cinta yang sia2 tiada faedahnya....
lebih baik cinta kpd Allah, family & rkan2...
x rugi pun...

Ain Nabihah Bt Ahmam said...

nsht yg amt berguna utk sume..x sgka anam pnh lalui sume ni..smoga dgn ape yg b'laku akn lbh mguatkan dirimu..u r the best.i know.. =)

M.SYAMSUL ANAM BIN QAMARUL HUDA said...

btul 2 a'a n ain .. cintailah dia yg maha esa .. jadikanlah pengalaman sbagai cabran dkm mnmpuh hdup ni .. itu dlu ain .. skunk ni single je .. p x available la coz nak pk mse dpn dlu ..

fiza kamil said...

salam alaik..anam, entri yg bagus.
kite pnah sme pndpt waktu kt segadas dlu..
akk pon pnah tempuh..btol anam ckp..
motivate dri n fikir ape rasional kte hidup..terbaek la dik..

sabeela said...

Allah akan beri yang terbaik untuk hamba-hambanNya..

ayu said...

Amin ya Rabb

Wanie... said...

Anam..cinta pd manusia xkn kekal,,lebih baik cintakan Allah s.w.t...

alia_syahadah@yahoo.com.my said...

Life is juz for ALLAH.
whatever we are, it juz for ALLAH
ALLAH always with us for every second...
Life must be go on...
INNALAHAMA'NA

suraya muhamad zainol said...

jangan bersedih jika kita kehilangan cinta manusia,kerana cinta itu hanya sementara.
tapi bersedihlah jika kita kehilangan cinta yang Hakiki dari yang Esa.

asmaa said...

btul 2.. crilah cinta Illahi.. mdh2an,kta sentiasa dlm redhaNya. percayalh.. anda akn rsa ketenangn bla menghyti cnta Illahi..

Anonymous said...

andai cinta Allah yg dicari pasti DIA akn menemukan cinta hamba yg mncintainya..~bumi anbia

bonggogurl said...

Bro AnnAm!!!!

Anonymous said...

hidup ini indah bila ada cinta dalam keluarga,,
semua hnya milik allah dan akan kembali kepada allah ..

Post a Comment

Red Signal © 2008 Template by:
SkinCorner