BLOG THEME

Saturday, March 6, 2010

APAKAH KUNCI ITU?

"Jika seorang lelaki tidak berani melamar seorang gadis pujaannya untuk di jadikan isteri (berkahwin), sudah tentulah sampai bila tidak ke mana-mana. Malahan jika nasib anda tidak baik, tentulah berputih mata! Sedar-sedar, si gadis sudah di sunting orang lain"


Ramai dikalangan pelajar tidak mengatahui apakah "kunci" yang harus mereka gunakan dalam mengecapi kejayaan hidup. Bagaimankah kita boleh membuka pintu tanpa menggunakan kunci yang sesuai? "Jika saya tahu kunci yang satu ini, pasti saya mudah untuk membukanya". Disini saya ingin berkongsi dengan anda sekalian apakah dia kunci kejayaan. Marilah kita sama-sama mengambil sedikit motivasi ini untuk kita menjadi yang terbaik.

Bagi pendapat saya, kunci kejayaan adalah berbeza bagi setiap manusia. Tetapi, saya disini ingin menggariskan 4 kunci kejayaan iaitu antara anak kunci yang penting dalam mengecapi kejayaan dalam hidup.

1. Kaji dan ketahui matlamat/idea anda.
Jika anda tidak mengetahui apa yang anda mahukan maka ia bermakna anda tidak ada hala tuju. Matlamat/idea akan menjadikan perjalanan anda berarah. Bayangkan sahaja anda bangun pagi, bersiap-siap dan masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan dan kemudian anda tidak tahu pun anda mahu ke mana. Sekadar berpusing-pusing keliling bandar tanpa mengetahui mahu ke mana adalah satu pembaziran masa bukan? Bukan sahaja masa terbazir, duit juga terbazir kerana perlu mengisi minyak kereta! 
Dengan mengetahui matlamat anda, perjalanan hidup anda akan berarah.

2. Buat perancangan/strategi.
Jika anda tidak merancang strategi anda, mana mungkin anda boleh mencapai kejayaan anda. Para pelari pecut balapan 100meter pun berlatih setiap hari untuk memastikan mereka dapat memecahkan rekod (matlamat). Ada strategi yang di ambil kira, termasuk kekerapan latihan, teknik larian, pemakanan dan pengurusan emosi. Kita? Matlamat kita? Jika matlamat anda mahu berkahwin tahun ini, maka anda perlu merancang segala perjalanan majlis dan menguruskan perbelanjaan bukan? Kerana jika tidak, mana mungkin anda dapat mengadakan sebuah majlis perkahwinan? Semuanya perlu perancangan.

3. Jangkakan kejayaan.
Ini berkait rapat dengan kemahuan anda untuk berjaya. Pengurusan kepercayaan diri sendiri. Jangan sekali-sekali sabotaj diri sendiri. Anda sudah ada matlamat, anda sudah ada plan. Tapi anda tak berapa yakin plan ada menjadi. Anda gusar jika anda gagal. Di sini ramai orang berhenti. Ya, berhenti dari meneruskan usaha mereka. Hanya kerana ragu-ragu. Anda perlu yakin dengan usaha anda. Dan ingat, jika apa yang anda mahukan itu terbaik untuk anda, maka doa anda akan di makbulkan tidak kira cepat atau lambat. Tapi jika ia terjadi seperti sebaliknya, percayalah ALLAH Maha Mengetahui. ALLAH tahu ada yang lebih baik dari apa yang anda rancangkan itu. Hidup ini indah sebenarnya.

 4. Just Do It.
Selepas anda memperbaiki kepercayaan diri anda sendiri.Kini adalah masa untuk bertindak dan melakukan mengikut rancangan anda. Lakukannya! Ramai orang meninggalkan langkah terakhir ini. Kenapa? Mereka takut. Ia juga berkait rapat dengan pengurusan sistem kepercayaan diri tadi (3). Jika anda takut dengan langkah pertama, mana mungkin ada langkah kedua.

Saya suka mengambil contoh yang zahir dalam kehidupan kita semua. Jika seorang lelaki tidak berani melamar seorang gadis pujaannya untuk di jadikan isteri (berkahwin), sudah tentulah sampai bila tidak ke mana-mana. Malahan jika nasib anda tidak baik, tentulah berputih mata! Sedar-sedar, si gadis sudah di sunting orang lain.

Sudah pasti ada orang tersenyum membaca contoh mudah ini. Saya pasti. Oleh itu, jika anda memahami konsep ini, kenapa pula tidak gunakan konsep ini dalam kejayaan anda? Dalam matlamat anda? Jika tidak ada langkah pertama, macam mana pula nak ada langkah kedua? Mustahil bukan? Jadi, jangan berlengah lagi. Lakukannya!
Sekian.

10 comments:

FiLZaH said...

Saya suka mengambil contoh yang zahir dalam kehidupan kita semua. Jika seorang lelaki tidak berani melamar seorang gadis pujaannya untuk di jadikan isteri (berkahwin), sudah tentulah sampai bila tidak ke mana-mana. Malahan jika nasib anda tidak baik, tentulah berputih mata! Sedar-sedar, si gadis sudah di sunting orang lain.

anam...i like this post...
absolutely anam...

klu dia hny pandai berkata2 n tiada hala tuju, mmg x ke mana pun..so,be careful...

M.SYAMSUL ANAM BIN QAMARUL HUDA said...

btul 2 filzah .. tindakan kita akn menetukan apa yg kita nak ..

FiLZaH said...

erm...tp selalunya yang akan menjadi mangsa adalah kaum hawa...adakah kaum hawa ni lemah sgt2?hahaha...(refer pada kata2 yg relate ngan lelaki)...

alia_syahadah@yahoo.com.my said...

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

Ahmad Muhibbiin Bin Asri said...

info terbaik....

ekin cute said...

aii anam,,km stuju sgt dgn ayat yg utk llki 2,,bg km,llki msti pndai wat kptusan sndri,bkn hnya b'gntung pd org lain,klu hnya pndai b'cinta n ayat b'madah2,tp x brni dlm wat kptusan,2 bkn ciri2 llki yg brni n tegas,,,

lg 1,,prempuan bkn brg p'mainan yg bleh d p'main2 kn,,km bnci n gram klu llki yg jnis cmni,,,

k anam,ckup la stkat ni km komen dlu ye,,hehehe

FiLZaH said...

wow...

syikin already gives her oipnion about MAN...

so, be careful MAN when u want to have relation with lady, u must think it as well...

InsyaALLAH the relationship will become longer and achieve the target...

M.SYAMSUL ANAM BIN QAMARUL HUDA said...

btul 2 ekin .. tindakan kita akan menentikan segalanya .

ayu said...

error word - menentikan
backspace - i to u

komen melambanagkan kita pnye post menarik perhatian utk d tatap oleh blogger lain..

p/s: anam wat yg terbaik

fiza kamil said...

anam mmg terbaik..like this entri..

Post a Comment

Red Signal © 2008 Template by:
SkinCorner