BLOG THEME

Tuesday, March 23, 2010

KENAPA PERLU BACA AL-QURAN WALAUPUN TAK TAHU MAKNA


Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky , US dengan cucunya.
Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru
perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu.. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.

“Tak ada gunaya” bentak si cucu. :sad:

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.
Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.

Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupuntidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”


Marilah kita renungkan bersama kisah di atas.

10 comments:

jehan said...

mcm ku pena bc citer nie...
tp citer nie mmg bg pengajaran yg t'baek..
bgus2...

الشهداء said...

nice article...

ShahruL said...

شيء ممتع
i agree with u...
slgi ad nywa di kndung bdan,,,
pljrilah ilmu slgi mmpu,,,
cbe mmhmi wlaupun satu perktaan,,,
mgkn Allah mghndkkn sstu...

Ridhwan said...

Salam..jadilah my follower..
dekat blog baru...
blog lama dah xguna...
corrupt le...
http:angah-wasim.blogspot.com
TQ...

zai_baek said...

cerite yang banyak pengajaran... setiap yang dilakukan akan mendapat manfaat dr ALLAH S.W.T..

Che' Mat said...

duen ni org suro bace,die g suro add blog plak..hahahhaa

Ily said...

meaningfull..

ain nabihah bt ahmam said...

sggh indah mkne dsblk cte 2.. =)

SiHijau said...

nice post my friend..keep it up!

najwa said...

oit anggerik..update la blog awk ni..owg nk bace la..

Post a Comment

Red Signal © 2008 Template by:
SkinCorner