BLOG THEME

Tuesday, March 2, 2010

JANGAN SIA-SIAKAN JALAN HIDUP YANG KITA LALUI SEKARNG


Pada kali ini, suka bagi saya untuk membincangkan tentang masalah yang sering berlaku dikalangan pelajar terutamanya mahasiswa yang menuntut di pengajian masing-masing. Saya percaya masalah ini sering menghantui fikiran setiap mahasiswa dan ada dikalangan mereka tidak tahu cara untuk menghadapinya sehinggakan mereka kecundang dan tidak boleh untuk bangkit semula. Mari kita sama-sama berbincang berkenaan dengannya yang bertajuk :

JURUSAN PINGGIRAN HATI. Apakah yang dimaksudkan dengan "Jurusan Pinggiran Hati" ?
Maksud "Jurusan Pinggiran Hati" ini ialah seorang pelajar yang mempelajari bidang atau course yang di pelajarinya bukan dari pilihan atau minatnya sendiri . Antara faktor berlaku sedemikian ialah:

1. Pilihan dan desakan dari keluarga
2. Lebih mementingkan pendapatan dari kerjaya bidang yang dipilih
3. Takut dipandang rendah oleh orang lain
4.  Tidak mendapat apa yang dipohon
5. Terlalu mengikut kawan
6. Sebab-sebab lain

Apa yang saya ingin bincangkan disini ialah bagaimanakah cara untuk kita hadapinya jika masalah sedemikian berlaku pada kita. Bagi pendapat saya,  suka bagi saya menyatakan yang menadah itu mendapat barakah. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku walau apa jua faktor yang menybabkan perkara sedemikian terjadi pada kita. Ya..saya sendiri mengalaminya. Jurusan yang saya pelajari kini bukanlah pilihan utama saya. Saya cuba untuk memilih dan mempelajari pada bidang saya minati. Tetapi akhirnya saya tetap dengan "jurusan pinggiran hati" ini. Saya mengambilnya sebagai satu jalan positif dan saya berusaha untuk meminatinya sehinggakan kini saya mula berminat dengannya. 

Yang penting kita berusaha dahulu dan jangan putus asa. Pasti ada jalan bagi mereka yang berusaha. Seperti yang saya katakan sebelum ini "mungkin ada hikmah disebaliknya". Jika anda dapat menukar ke bidang yang diminati itu adalah lebih baik dari kita mempelajari pada bidang bukan pilihan kita. Tetapi, jika kita sudah berusaha dan tetap juga dengan bidang yang bukan pilihan kita, kita mestilah ambilnya sebagai satu perkara positif dimana kita perlulah berusaha sebaik yang mungkin untuk kita menerimanya. Sebagai contoh dalam situasi berikut:

"anda ingin memiliki kereta BMW 5series daripada ayah anda untuk hadiah pada hari jadi. Tetapi ayah kamu hanya memberi kamu kereta Honda Vios. Adakah anda menerimanya? ya.. sudah tentu anda menerimanya dan anda akan berusaha untuk menjaganya kerana anda tidak ingin kereta itu rosak dan boleh digunakan sehingga bila-bila untuk kegunaan kamu."

Kita janganlah terlalu mengikut pandangan atau pendapat orang lain jika kita sendiri tidak meminatinya. Sebagai contoh, jika semua orang ingin menjadi doktor disebabkan kerana pendapatannya yang begitu tinggi dan mungkin akan mendapat sanjungan dan perhatian dari orang lain, siapa pula yang akan menjadi cikgu sekolah yang akan mengajar mereka ini menjadi insan yang berguna. Maksudnya, kita di dunia ini saling lengkap melengkapi antara satu sama. Bagaimana pula dengan pendapat anda sekalian tentang "jurusan pinggiran hati" ini ?

Akhir kata dari saya, suka bagi saya untuk menyimpulkannya dengan potongan ayat al-quran yang bermaksud:

    "Kita merancang dan Allah juga merancang. Namun perancangan Allah adalah yang terbaik"



5 comments:

Unknown said...

salam...ana setuju..setiap perkara itu ada hikmahnya...ada firman Allah..klu xsalah ana..surah albaqarah "apa yg kita benci itu adalah baik disisiNYA, apa yg kita suka itu adalah buruk disisiNYA"...hanya DIA yg mengetahui ttg hambaNYA..wallahualam

M.SYAMSUL ANAM BIN QAMARUL HUDA said...

w'salam.. ye .. btul 2 nurjihad .. seharusnya kita perlulah berusaha dengan apa yg berlaku pde kita sekrng bknnya mengambilnya satu perkara negatif yg akn menjatuhkn dri kita. syukran .

Asma said...

salam,bgus la share info ni..rmai yg tlupe stiap ap yg berlaku ad hikmah drNYA,kdg2 dugaan yg dtg pd kte,kifarah dosa2 yg kte wt..sme2 kte p'baiki diri kita..

Che' Mat said...

ak yang no 6 tu..hahahhaa

FiLZaH said...

post kali ni best..coz bukan orang lain yang hanya melalui tetapi mungkin diri sendiri...tapi betul apa yang diungkapkan "mungkin ada hikmah apa yang telah berlaku"... i hope jgn sesekali membenci ilmu yang kita pelajari, coz ilmu itu akan membenci dua kali ganda daripada anda membencinya...so, renung2kan...terima kasih...

Post a Comment

Red Signal © 2008 Template by:
SkinCorner