BLOG THEME

Thursday, March 4, 2010

BERTANGGUH PEMBUNUH KEPADA PELUANG


"The longer you wait to decide what you want to do, the more time you’re wasting. Its up to you to want something so badly that your passion shows through your actions. Your actions, not your words will do the shouting for you"

Semua orang ingin berjaya. Termasuk anda bukan? Pada kali ini, saya ingin membincangkan satu faktor halangan kejayaan. Halangan kejayaan ini dianggap sebagai satu "penyakit" kepada kita semua dalam menuju era kerajayaan. Kita sering kali melakukannya sehinggakan kita tidak sedar bahawa perkara sedemikian patut kita atasi dan tananginya dari awal lagi. Mari kita sama-sama menjelajah apakah ia "penyakit" yang sering berlaku pada diri kita.

Penyakit itu adalah BERTANGGUH.
"kejap lagi la aku buat"
"besok saja"
"nanti saja"
"akan aku lakukan, klau aku sudah..."

Kata-kata diatas ini sering kita ucapkan demi untuk memberi alasan dalam melakukan satu perkara itu. Ada 2 jenis sifat bertangguh ini:
1. Bertangguh memulai sebuah pekerjaan
2. Bertangguh menyelesaikan sebuah kejayaan

Rasulullah saw pun menganjurkan kita untuk selalu menyelesaikan pekerjaan sampai akhir:
"Jangan mengagumi amal perbuatan sampai ia menyelesaikan yang terakhir." (HR. Ath-Thabrani dan Al Bazzar)

Lalu bagaimana jika pekerjaan kita lama dan panjang? Seharusnya, kita perlulah membahagikan pekerjaan itu menjadi pekerjaan-pekerjaan kecil. Lakukan pekerjaan kecil itu setiap hari, setiap bahagian lakukannya sehingga selesai, seperti yang diperintahkan hadits diatas. Kemudian, kita haruslah tekun melakukannya. Meski sedikit, lakukannya setiap hari.


"lebih lama anda mengambil masa untuk membuat satu keputusan, lebih banyak masa anda yang terbazir. Terpulang kepada diri masing-masing untuk menunjukkan bahawa anda benar-benar ingin mencapai sesuatu, dan ia boleh dilihat melalui tindakan anda. Tindakan yang akan menghasilkan sesuatu, manakala cakap kosong tidak akan membawa anda kemana-mana."

Oleh itu, kita sudah mengetahui antara halangan kejayaan. Sama-samalah kita jauhinya dan elakkan daripada selalu menangguh dlm setiap amalan kita. Tidak kiralah samada kerja ataupun amal ibadah.
sekian,wassalam.

4 comments:

Dehearty_Myra said...

betul tuu anam..sokong sangat..pelajar byk memberi alasan..padahal keja x buat..tangguh..hehe..tapi solat jgn la tangguh plak..amalan x dterima..sama2 la kita muhasabah diri kita..salam DEHEARTY..:)

Che' Mat said...

xkesah ape ko post..yg pntg dlm hadith tu ade name ak ...hihihihi

M.SYAMSUL ANAM BIN QAMARUL HUDA said...

amal menggelabah .. huhuh ..

FiLZaH said...

absolutely anam...
mungkin bukan orang lain, tapi diri sendiri yang melakukannya...
so, pas ni pandai2 la cari ruang untuk siapkan asgnmt k...

Post a Comment

Red Signal © 2008 Template by:
SkinCorner