BLOG THEME

Monday, February 15, 2010

CABARAN DAN ERTI HIDUP



لو كانت حياته حلوة، فلا نخرج من بطون امتها نبكي

Kata-kata di atas ini merupakan satu hikam wal amsal ataupun lebih dikenali dengan kata-kata hikmah. Kata-kata hikmah ini mengajak kita supaya berfikir tentang hidup. Marilah kita sama-sama menghayati dan menyelami maksud tersirat di sebalik kata-kata diatas yang bermaksud :

"Walaupun hidup itu indah.. Maka tidak akan kita keluar dari perut ibu dalam keadaan kita menangis"

Sesungguhnya, hidup ini penuh dengan rintangan dan cabaran yang harus kita semua tempuhi dan lalui. Kita haruslah kuat dan sabar dalam menghadapinya.
Seperti maksud kata hikmah di atas, walaupun kita tahu hidup seseorng itu indah dan bahagia selalu. Akan tetapi, mereka tetap akan keluar ke muka bumi ini dalam keadaan menangis. Tidak ada yang keluar dari perut ibunya dalam keadaan mereka ketawa atau gembira kerana sejak kita dilahirkan, kita sudah tahu betapa sukarnya hidup di dunia ini dan banyaknya tanggungjawab yang harus kita lakukan ke arah kebaikan.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berfikir dan muhasabah diri kita sejenak, erti kita hidup di dunia ini dan janganlah kita sia-siakannya begitu sahaja.

3 comments:

FiLZaH said...

salam...

yup, benarlah kata2 hikmah kata atas tu...

semoga kita mendapat apa yang kita kehendaki di dunia mengikut syariat yang telah ditetapkan...

enna said...

a very good post..

FiLZaH said...

yes..that's true...

Post a Comment

Red Signal © 2008 Template by:
SkinCorner