"Jika seorang lelaki tidak berani melamar seorang gadis pujaannya untuk di jadikan isteri (berkahwin), sudah tentulah sampai bila tidak ke mana-mana. Malahan jika nasib anda tidak baik, tentulah berputih mata! Sedar-sedar, si gadis sudah di sunting orang lain"
Ramai dikalangan pelajar tidak mengatahui apakah "kunci" yang harus mereka gunakan dalam mengecapi kejayaan hidup. Bagaimankah kita boleh membuka pintu tanpa menggunakan kunci yang sesuai? "Jika saya tahu kunci yang satu ini, pasti saya mudah untuk membukanya". Disini saya ingin berkongsi dengan anda sekalian apakah dia kunci kejayaan. Marilah kita sama-sama mengambil sedikit motivasi ini untuk kita menjadi yang terbaik.
Bagi pendapat saya, kunci kejayaan adalah berbeza bagi setiap manusia. Tetapi, saya disini ingin menggariskan 4 kunci kejayaan iaitu antara anak kunci yang penting dalam mengecapi kejayaan dalam hidup.




