BLOG THEME

Wednesday, March 17, 2010

JADILAH YANG TERBAIK



"aku tidak ingin bercakap panjang berkenaanya, kerana aku sering mengalaminya. Terdapat banyak di hati manusia sering diburu dengan kesusahan dalam cara menyampaikan kemahiran-kemahiran seperti ini. Dengan syarat, kita mestilah percaya dengannya dan belajar untuk melatih diri kita untuk mengusai kemahiran-kemahiran tersebut."

Terdapat beberapa persoalan yang harus kita fikirkan bersama bagi kita memotivasikan lagi diri ini untuk menjadi yang terbaik. Dengan setiap persoalan ini akan terjawabnya satu kemahiran yang harus kita tingkatkan lagi supaya dapat menjana kemahiran insaniah yang patut ada dalam diri kita semua.

SOALAN 1:
Situasi 1 = KENAPA apabila dua orang yang sedang berbual dalam satu perbincangan dan kemudiannya diakhiri dengan pergaduhan?

Situasi 2 = manakala, terdapat dua orang yang lain yang berbual dan kemudiannya diakhiri dengan satu pergaulan yang mesra dan penuh kasih sayang?

Sesungguhnya, inilah dia kemahiran dalam perbualan.

SOALAN 2:
Situasi 1 = KENAPA apabila dua orang sedang yang sedang berucap dengan menggunakan lafaz-lafaz tersendiri, kemudiannya terdapat penonton yang bosan dan mengantuk serta sering kali menukar kedudukan tempat duduknya?

Situasi 2 = Manakala penonton di bahagian yang kedua, memberikan tumpuan sepenuhnya dan fokus terhadap ucapan tersebut?

Sesungguhnya, inilah dia kemahiran berucap.

SOALAN 3:
Situasi 1 = KENAPA apabila sedang berjalan seorang guru di perkarangan sekolah, kemudiannya terdapat pelajar di sekelilingnya dan mereka bersalam dengannya serta mereka bertanyakan soalan kepadanya, walaupun guru tersebut duduk di mejanya, pelajar tersebut pergi dan memenuhi biliknya?

Situasi 2 = Manakala terdapat guru yang lain, dia berjalan seorang diri di sekolah dan keluar dari masjid sekolah seorng diri. Tidak ada seorang pelajar pun mendekatinya dan bersalaman dengannya, walaupun dia duduk di mejanya daripada seawal pagi sehinggalah terbenamnya matahari, tetap tiada palajar yang datang berjumpa dengannya dan mendekatinya?

Sesungguhnya, inilah dia kemahiran dalam berhubung dan berkomunikasi dengan manusia.


"aku  tidak ingin bercakap panjang berkenaanya, kerana aku sering mengalaminya. Terdapat banyak di hati manusia sering diburu dengan kesusahan dalam cara menyampaikan kemahiran-kemahiran seperti ini. Dengan syarat, kita mestilah percaya dengannya dan belajar untuk melatih diri kita untuk mengusai kemahiran-kemahiran seperti ini."


Beginilah sedikit sebanyak ilmu dan kemahiran yang saya ingin berkongsi dengan anda sekalian. Marilah kita sama-sama fikirkannya dalam membentuk kemahiran modal insan kelas pertama bagi menjadikan diri kita seorang yang cemerlang. 
Sekian.

2 comments:

SITI NAJAH BINTI MOHD PAUZI said...

nice post..terfikir sejenak apa pandangan teman apabila sy bercakap..

Aine said...

betul tu najah n anam, oleh itu, kita perlu belajar dan belajar dan jgn lupa ambil masa sejenak u muhasabah diri.

Post a Comment

Red Signal © 2008 Template by:
SkinCorner