BLOG THEME

Friday, March 19, 2010

BERUBAH UNTUK MENJADI LEBIH BAIK

  
"Berubah terasa awalnya merupakan satu kehilangan dalam kebiasaan diri kita, tapi sesungguhnya berubah bukanlah merupakan satu kehilangan, ia hanya mengganti yang lain menjadi suatu yang lebih baik."

Ingin berubah mudah di ucapkan melalui kata-kata, akan tetapi sukar untuk mewujudkannya. Kerana berubah cendurung mengganti sesuatu keadaan menjadi satu keadaan yang berbeza. "Semakin besar rentang perubahan ingin dilakukan, maka semakin besar terasa kesulitan menghadang." Kerana di dalamnya seperti ingin melepaskan sesuatu yang sudah menjadi sebahagian dari diri kita, seolah kita akan kehilangannya menjadi biasa dalam diri.

Pada kali ini, ingin saya bincangkan berkenaan suatu perubahan. Berubah untuk apa? Ianya adalah untuk kita berubah menjadi yang lebih baik untuk diri kita.

Apabila berbicara tentang perubahan, bahawa dalam hidup ini ada hal-hal yang dibiarkan akan berubah dengan sendirinya. Seperti siang berganti malam, muda menjadi tua, kuat menjadi rapuh dan sebagainya. Walupun begitu, ada juga perubahan yang perlu kita PAKSA untuk kita mencapainya.

Perubahan akan terlihat lebih bererti ketika perubahan yang dituju adalah untuk menjadi lebih baik. Maka seberapa besar arah perubahan dilakukan, maka semakin besar pula rintangan yang akan mendatang. "Setiap jalan yang kita lalui untuk menuju ke destinasi, terdapat duri dan lopak dan sesetengahnya jalan tersebut tiada halangan untuk ke sana." Jika kita terpijak duri tersebut, pastinya kaki kita akan terluka. Lalu, bagaimana untuk kita sampai ke destinasi tersebut?

Maka, kunci meraih kekuatan dalam waktu menuju lebih baik, salah satunya tersebutlah KESABARAN. Kesabaran atas melewati waktu, kesabaran atas melawan kepenatan, kesabaran ketika merasa waktu tak memihak kita, kesabaran mewujudkan tekad dalam diri, seterusnya tekad tersebut akan membawa kita satu pengakhiran yang baik ke destinati itu.

Berubah untuk menjadi lebih baik semestinya memang pahit untuk dilalui, tapi sesungguhnya manis jika memaknai kerananya. Berubah terasa awalnya merupakan satu kehilangan dalam kebiasaan diri kita, tapi sesungguhnya berubah bukanlah merupakan satu kehilangan, ia hanya mengganti yang lain menjadi suatu yang lebih baik. Semoga dengan perubahan kearah kebaikan yang anda inginkan akan berhasil dengan kesabaran yang teguh dalam diri untuk mencapainya. Marilah kita amalkannya.
Sekian.

6 comments:

Asyraf said...

perubahan tidak akan terhasil jika hanya berkata2 tanpa usaha yang jitu. bagaimana perokok hendak berubah jika tiap2 masa menghisap rokok...fikir2kanlah...

M.SYAMSUL ANAM BIN QAMARUL HUDA said...

ya .. benar kata2 kamu itu ashraf .. berhentilah merokok ..

miss fiza said...

hehe..sy setuju dengan anda berdua..
say no to syisya..=D

Ain Nabihah Bt Ahmam said...

mmg ssh kte nk ubh diri kte klu kte x usha..
klu bkn kte sp lg nk ubh..sy hrp 1 ms nnt sy akn mnjdi sorg yg sy ignkan..amin..

M.SYAMSUL ANAM BIN QAMARUL HUDA said...

amin .. insyallah .. boleh ain ..

fakhitah said...

Salam..Anam..Anam follow blog k.wan yg lama tau..
huhu3x..http://wildanwilis.blogspot.com

Post a Comment

Red Signal © 2008 Template by:
SkinCorner