BLOG THEME

Tuesday, March 23, 2010

KENAPA PERLU BACA AL-QURAN WALAUPUN TAK TAHU MAKNA


Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky , US dengan cucunya.
Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru
perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

Monday, March 22, 2010

PUTUS CINTA DAN SEMANGAT


 "Teruskanlah semangat untuk menempuh hidup ini. Jangan biarkan diri anda terus dibelenggu oleh masalah yang menimpa"

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian...
Pada kali ini suka bagi saya membincangkan berkenaan satu isu yang agak menarik yang harus kita fikirkan bersama tentang masalah sebilangan pelajar ketika berada dalam kekecewaan selepas putus cinta dan semangatnya dalam meneruskan pembelajaran dan hidupnya.

Dewasa ini, saya percaya ramai diantara kita sering dibelenggu dengan masalah ini dan kita tiada semangat untuk meneruskan hidup ini dengan kekecewaan yang teramat sangat terhadap apa yang telah berlaku. Disini saya ingin berbincang bersama anda, bagaimanakah caranya untuk kita kembalikan semangat untuk teruskan hidup ini?

Friday, March 19, 2010

BERUBAH UNTUK MENJADI LEBIH BAIK

  
"Berubah terasa awalnya merupakan satu kehilangan dalam kebiasaan diri kita, tapi sesungguhnya berubah bukanlah merupakan satu kehilangan, ia hanya mengganti yang lain menjadi suatu yang lebih baik."

Ingin berubah mudah di ucapkan melalui kata-kata, akan tetapi sukar untuk mewujudkannya. Kerana berubah cendurung mengganti sesuatu keadaan menjadi satu keadaan yang berbeza. "Semakin besar rentang perubahan ingin dilakukan, maka semakin besar terasa kesulitan menghadang." Kerana di dalamnya seperti ingin melepaskan sesuatu yang sudah menjadi sebahagian dari diri kita, seolah kita akan kehilangannya menjadi biasa dalam diri.

Pada kali ini, ingin saya bincangkan berkenaan suatu perubahan. Berubah untuk apa? Ianya adalah untuk kita berubah menjadi yang lebih baik untuk diri kita.

Thursday, March 18, 2010

KEJAYAAN PASTINYA MILIK KITA


"BIARLAH IBUMU MENANGIS KERANA KEJAYAANMU .. BUKAN KERANA KEGAGALANMU"

Tidak berjaya bukan bermaksud kita gagal. Saya percaya tidak ada seorang yang ingin gagal dalam hidupnya. Inginkan kejayaan haruslah dengan usaha yang gigih dan berterusan. Disini saya mengungkapkan sedikit kata-kata motivasi atau ransangan yang boleh anda ambil sebagai pedoman dan senjata dalam mengharungi kejayaan. Marilah kita sama-sama fikirkan dan renungkan bersama kata-kata di bawah:

Wednesday, March 17, 2010

JADILAH YANG TERBAIK



"aku tidak ingin bercakap panjang berkenaanya, kerana aku sering mengalaminya. Terdapat banyak di hati manusia sering diburu dengan kesusahan dalam cara menyampaikan kemahiran-kemahiran seperti ini. Dengan syarat, kita mestilah percaya dengannya dan belajar untuk melatih diri kita untuk mengusai kemahiran-kemahiran tersebut."

Terdapat beberapa persoalan yang harus kita fikirkan bersama bagi kita memotivasikan lagi diri ini untuk menjadi yang terbaik. Dengan setiap persoalan ini akan terjawabnya satu kemahiran yang harus kita tingkatkan lagi supaya dapat menjana kemahiran insaniah yang patut ada dalam diri kita semua.

Saturday, March 6, 2010

APAKAH KUNCI ITU?

"Jika seorang lelaki tidak berani melamar seorang gadis pujaannya untuk di jadikan isteri (berkahwin), sudah tentulah sampai bila tidak ke mana-mana. Malahan jika nasib anda tidak baik, tentulah berputih mata! Sedar-sedar, si gadis sudah di sunting orang lain"


Ramai dikalangan pelajar tidak mengatahui apakah "kunci" yang harus mereka gunakan dalam mengecapi kejayaan hidup. Bagaimankah kita boleh membuka pintu tanpa menggunakan kunci yang sesuai? "Jika saya tahu kunci yang satu ini, pasti saya mudah untuk membukanya". Disini saya ingin berkongsi dengan anda sekalian apakah dia kunci kejayaan. Marilah kita sama-sama mengambil sedikit motivasi ini untuk kita menjadi yang terbaik.

Bagi pendapat saya, kunci kejayaan adalah berbeza bagi setiap manusia. Tetapi, saya disini ingin menggariskan 4 kunci kejayaan iaitu antara anak kunci yang penting dalam mengecapi kejayaan dalam hidup.

Thursday, March 4, 2010

BERTANGGUH PEMBUNUH KEPADA PELUANG


"The longer you wait to decide what you want to do, the more time you’re wasting. Its up to you to want something so badly that your passion shows through your actions. Your actions, not your words will do the shouting for you"

Semua orang ingin berjaya. Termasuk anda bukan? Pada kali ini, saya ingin membincangkan satu faktor halangan kejayaan. Halangan kejayaan ini dianggap sebagai satu "penyakit" kepada kita semua dalam menuju era kerajayaan. Kita sering kali melakukannya sehinggakan kita tidak sedar bahawa perkara sedemikian patut kita atasi dan tananginya dari awal lagi. Mari kita sama-sama menjelajah apakah ia "penyakit" yang sering berlaku pada diri kita.

Tuesday, March 2, 2010

JANGAN SIA-SIAKAN JALAN HIDUP YANG KITA LALUI SEKARNG


Pada kali ini, suka bagi saya untuk membincangkan tentang masalah yang sering berlaku dikalangan pelajar terutamanya mahasiswa yang menuntut di pengajian masing-masing. Saya percaya masalah ini sering menghantui fikiran setiap mahasiswa dan ada dikalangan mereka tidak tahu cara untuk menghadapinya sehinggakan mereka kecundang dan tidak boleh untuk bangkit semula. Mari kita sama-sama berbincang berkenaan dengannya yang bertajuk :

Red Signal © 2008 Template by:
SkinCorner